#1525: Syarat-syarat Wajib Orang yang Difardhukan Haji dan Umrah

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan

Assalamualaikum w.b.t. Saya ada satu soalan. Siapakah yang tergolong dalam kalangan orang yang difardukan ibadah haji dan umrah ke atasnya? Terima kasih.

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ibadah haji dan umrah merupakan satu mercu tanda pengabdian diri seorang hamba kepada Penciptanya. Namun begitu, Allah SWT tidak memfardhukan ibadah haji dan umrah ini kepada sesiapa yang tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menurut pengarang al-Fiqh al-Manhaji (2/122-123), ibadah haji dan umrah wajib bagi orang yang mempunyai atau memenuhi enam syarat berikut:

Pertama, Islam: Haji dan umrah tidak wajib ke atas orang yang bukan Islam. Ini kerana kedua-duanya merupakan ibadah yang tidak dituntut ke atas mereka di dunia ini, malah tidak sah jika mereka melakukannya kerana Islam merupakan satu daripada syarat sah ibadah.

Kedua, baligh: Ibadah haji dan umrah tidak wajib ke atas orang yang belum baligh. Ini disebabkan dia tidak dianggap mukallaf, dan tuntutan syarak hanya berlaku atas orang yang baligh. Ini berdasarkan hadith, Rasulullah SAW bersabda:

رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلاَثَةٍ عَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَبْلُغَ وَعَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الْمَعْتُوهِ حَتَّى يَبْرَأَ

Maksudnya: “Tidak dicatat (amalan) dari tiga golongan: Kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga, dan orang yang gila sehinggalah dia sembuh.”

Riwayat Abu Daud (4402)

Ketiga, berakal: Ibadah haji tidak wajib ke atas orang yang gila disebabkan dia tidak mampu membezakan suruhan dengan tegahan. Hal ini adalah kerana Allah SWT apabila mengambil apa-apa yang telah dikurniakan-Nya, Dia juga menggugurkan perkara yang diwajibkan-Nya. Justeru, tuntutan syarak tidak berlaku kecuali apabila ada akal.

Keempat, merdeka: Haji dan umrah tidak wajib ke atas hamba disebabkan dia tidak memiliki sebarang harta. Malah, dirinya sendiri dan apa-apa yang diperolehinya ialah milik tuannya.

Kelima, aman dalam perjalanan: Tidak wajib haji dan umrah ke atas orang yang bimbang akan ancaman musuh terhadap dirinya atau hartanya disebabkan ada kemudaratan. Begitu juga, sekiranya dikhuatiri terdapat bahaya dalam perjalanan, seperti berlaku peperangan. Firman Allah SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.

(Surah al-Baqarah: 195)

Keenam, berkemampuan (istita‘ah): Ibadah haji dan umrah hanya wajib ke atas orang yang berupaya dan berkemampuan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”

 (Surah Ali ‘Imran: 97)

Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebut bahawa kemampuan itu ialah kemampuan untuk sampai kepadanya. Dan perkara tersebut adalah umum merangkumi fizikal dan material. Ibadah haji adalah fardhu ke atas setiap Muslim selagi mana tidak ada padanya halangan untuk sampai ke Tanah Haram (Makkah) sama ada dari segi halangan yang bersifat fizikal sahaja atau material sahaja atau fizikal dan material (kedua-duanya sekali). Halangan dari segi fizikal adalah seperti sakit, takut dan risau akan keselamatan diri daripada musuh atau haiwan buas, iaitu laluan perjalanan tidak aman (selamat). Manakala halangan daripada sudut material adalah seperti tiadanya bekalan dan kenderaan untuk pergi ke sana. Adapun halangan dari segi fizikal dan material pula adalah seperti tiadanya bekalan dan kenderaan serta pada masa sama sedang sakit atau laluan perjalanan tidak selamat. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 4/14-15).

Para ulama telah sepakat bahawa bekalan (al-Zadd) dan kenderaan (al-Rahilah) adalah syarat bagi Istita‘ah ibadah Haji. Inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya dalam surah Ali ‘Imran ayat 97 sebagaimana di atas. Tambahan lagi, hal ini juga merupakan tafsiran para sahabat seperti Ibn Umar R.Anhuma dan selainnya. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 4/15).

Hal ini adalah sebagaimana hadith daripada riwayat Ali bin Abu Talib R.A bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلاَ عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا، أَوْ نَصْرَانِيًّا، وَذَلِكَ أَنَّ اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ : {وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ البَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً}

Maksudnya: “Sesiapa yang memiliki bekalan (biaya perbelanjaan) dan kenderaan yang boleh digunakan untuk pergi ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan ibadah Haji, maka tidak ada beza bagi dirinya antara mati dalam keadaan sebagai seorang Yahudi atau Nasrani. Hal ini kerana Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud): ‘Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.’”

Riwayat al-Tirmizi (812)

Begitu juga terdapat riwayat lain, daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma bahawa seorang lelaki telah datang bertemu Nabi SAW dan bertanya: “Apakah perkara yang mewajibkan ibadah haji?” Baginda SAW menjawab:

الزّادُ والرّاحلةُ

Maksudnya : “Bekalan (al-Zadd) dan kenderaan (al-Rahilah).”

Riwayat al-Tirmizi (813)

Begitu juga hadith daripada riwayat Anas R.A bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا السَّبِيلُ؟ قَالَ: الزَّادُ وَالرَّاحِلَةُ

Maksudnya:  “Wahai Rasulullah apakah (yang dimaksudkan) dengan al-Sabil?” Baginda SAW menjawab: “Bekalan (al-Zad) dan kenderaan (al-Rahilah).”

Riwayat al-Hakim (1613) al-Daraqutni (2426)

Al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan mengenai makna hadith di atas menyatakan bahawa ibadah haji wajib ke atas sesiapa yang ada kedua-dua perkara ini iaitu pengangkutan pergi dan pulang. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/457)

Oleh itu, berbalik kepada soalan yang diajukan, secara umumnya haji dan umrah adalah wajib ke atas sesiapa yang memenuhi kesemua syarat-syarat ini. Selain itu, aspek fizikal dan mental juga harus diberi penekanan oleh setiap mereka yang berniat dan berazam untuk melaksanakan ibadah ini.

Bagi mereka yang telah cukup syarat seperti yang dinyatakan di atas, bersegeralah dalam melaksanakan ibadah haji dan umrah dan berusahalah untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana kita tidak mengetahui apakah yang akan berlaku pada masa-masa yang mendatang. Justeru, apabila telah cukup syarat yang dikehendaki dalam mengerjakan ibadah ini, maka bersegeralah. Firman Allah SWT:

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

Maksudnya: “Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.”

(Surah al-Baqarah: 148)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Bertarikh: 16 Mei 2023 bersamaan 27 Syawal 1444H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *