#1539: Kawasan Becak Bernajis Babi?

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan:

Assalamualaikum Dato’ Seri. Baru-baru ini saya mengunjungi pasar pudu. Semasa berjalan melalui meja jualan saya tidak sedar melalui meja penjual daging babi dan laluannya sedikit becak. Adakah saya perlu sertu kaki dan kasut saya kerana melalui laluan becak tersebut?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Dalam Islam, najis terbahagi kepada tiga; mughallazah (berat) iaitu anjing dan babi dan dari kedua-duanya, mukhaffafah (ringan) iaitu air kencing bayi lelaki yang hanya minum susu ibu di mana usianya kurang dari 2 tahun dan najis mutawasitah iaitu najis selain daripada kedua-dua di atas. Justeru, najis mutawasitah amat banyak seperti air kencing orang dewasa, najis orang, dan lain-lain.

Menjawab persoalan di atas, saya nyatakan bahawa selama mana tidak nampak ‘ain najasah yang nyata dan zahir pada kaki dan kasut anda maka tidak perlulah anda menyamaknya atau sertunya. 

Firman Allah SWT:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya: “Allah menghendaki kemudahan bagi kalian dan Allah tidak menghendaki kesulitan bagi kalian.”

(Surah al-Baqarah: 185)

Syeikh al-Sa‘di menjelaskan, bahawa ayat ini bermaksud Allah menghendaki hal yang memudahkan bagi kamu jalan yang membawa kamu kepada keredhaan-Nya dengan kemudahan yang paling mudah dan meringankannya dengan keringanan yang paling ringan. Oleh kerana itu, segala perkara yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya pada dasarnya adalah sangat mudah sekali, namun apabila terjadi suatu halangan yang menimbulkan kesulitan, maka Allah SWT akan memudahkannya dengan kemudahan lain iaitu dengan menggugurkannya atau menguranginya dengan segala bentuk keringanan. Namun, hal ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat dibahaskan perinciannya, kerana perinciannya adalah keseluruhan syariat dan termasuk di dalamnya segala bentuk rukhsah dan keringanan. (Lihat Tafsir al-Sa‘di, 1/86)

Di samping tempat tersebut jika payah dielakkan maka ia termasuk dalam umum balwa. Seperti yang diketahui umum, lafaz umum al-balwa merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu umum dan balwa. Umum dari segi Bahasa berasal daripada perkataan (عمّ) yang bermaksud syumul (menyeluruh) dan mengumpul, manakala perkataan al-Balwa pula merupakan pecahan daripada perkataan al-bala’ yang bermaksud ikhtibar (ujian). (Lihat Tajj al-Arus, 325/2)

Sementara itu, pengertian umum al-balwa dari segi syarak pula, menurut  Wahbah al-Zuhaili, Umum al-Balwa bermaksud sesuatu yang berleluasanya sehingga seseorang itu sukar untuk menyelamatkan diri daripadanya atau menjauhinya.(Lihat Nazariyah Al-Darurah Al-Syar’iyah, 123)

Selain itu, menurut Muslim al-Dusari, Umum al-Balwa bermaksud, “Isu yang berlaku secara menyeluruh ke atas orang mukalaf atau keadaan orang mukalaf yang terikat dengan pertanggungjawaban tertentu berkenaan isu tersebut, serta wujud kesukaran menghindarinya atau tidak mampu menghilangkannya melainkan dengan bertambah kesulitan yang memerlukan kemudahan dan keringanan.” (Lihat Umum Al-Balwa: Dirasah Nazariyah Tatbiqiyah, 61)

Selain itu, umum al-balwa bermaksud suatu keperluan yang sangat mendesak yang berlaku dalam kalangan majoriti para mukalaf ataupun sekumpulan yang tertentu dalam kalangan mereka untuk mendapatkan kemudahan dalam perkara yang berlaku secara berulang kali dan menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk meninggalkan perkara tersebut. Jika mereka dituntut untuk meninggalkannya maka kesukaran luar biasa akan menimpa. (Lihat Dhawabit al-Ikhtiar al-Fiqhiy inda al-Nawazil, 148)

Berdasarkan pengertian di atas, dapat difahami bahawa umum al-balwa ini merupakan sesuatu perkara yang mendatangkan kesusahan yang luar dari kebiasaan kepada manusia jika perkara itu ditinggalkan. Kesusahan itu meliputi kebanyakan manusia.

Semoga pencerahan ini boleh membawa keyakinan kepada kita di samping mengelakkan kita daripada sifat was-was. Akhir kalam, marilah sama-sama kita menekuni dan mempelajari ilmu agar selamat dari pelbagai ujian, bala dan diberi kefahaman berkenaan agama kita dengan sebaiknya. Amin.

Bertarikh: 17 Mei 2023 bersamaan 28 Syawal 1444H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *