#1541: Mengambil Buah-buahan dari Kebun yang Tidak Diketahui Pemiliknya

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
Size Pocket
Rated 0 out of 5
RM10.00
Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
RM15.00

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
RM13.00

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
RM13.00
-29%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM50.00.

Soalan:     

Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin bertanya, apakah hukum kita mengambil buah-buahan di kebun orang yang tidak diketahui pemiliknya? Kebun tersebut terletak bersebelahan kebun saya dan banyak buah-buahan yang busuk serta tidak pernah diambil dari dulu lagi. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Pada asasnya, haram untuk mengambil harta benda orang lain tanpa keizinan pemiliknya. Hal ini jelas berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

Maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).

(Surah al-Nisa’: 29)

Al-Maraghi menyatakan, lafaz “الْبَاطِل” bermaksud sia-sia, manakala menurut istilah agama adalah mengambil harta orang lain tanpa imbalan yang sewajarnya atau kerelaan pemiliknya. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1168).

Begitu juga terdapat riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

لَا يَحِلُّ لِامْرِئٍ مِنْ مَالِ أَخِيهِ إِلَّا مَا أَعْطَاهُ مِنْ طِيبِ نَفْسٍ

Maksudnya:Tidak halal bagi seseorang itu mengambil daripada harta kepunyaan saudaranya kecuali yang diberikan dengan kerelaan hatinya.

Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (11524)[1]

Imam al-Nawawi selepas menukilkan hadith di atas dalam kitabnya menyatakan, para ashab kami (ulama mazhab Syafi‘i) menyebutkan, jika seseorang melewati (kebun) buah-buahan atau tanaman orang lain, maka tidak boleh baginya untuk mengambil buah (atau hasil) daripadanya, begitu juga tidak boleh untuk memakannya tanpa izin pemiliknya melainkan dalam keadaan terdesak. Ketika itu, dia boleh memakannya, tetapi dia hendaklah menggantikannya. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 9/54).

Justeru, jelaslah bahawa haram untuk kita mengambil buah-buahan atau hasil tanaman orang lain melainkan dengan keizinan pemiliknya. Walaupun kita tidak mengetahui pemiliknya tetapi mungkin orang lain tahu pemiliknya di samping pemiliknya sudah memilikinya. Justeru, hendaklah kita mencari pemiliknya serta menerangkan tentang buahnya dan ketika itu bolehlah untuk diminta halal atau dikira yang seterbaik untuk isu seperti ini.

Pada kesempatan ini, kami juga menyarankan jika benar keadaan tersebut berlanjutan di mana buah-buahan yang terlalu banyak tidak diambil sehingga membusuk atau rosak, maka saudara yang bertanya boleh mengambil inisiatif dengan bertanya kepada penduduk sekitar berkenaan siapakah tuan kebun tersebut atau warisnya, bagi menyampaikan hal itu kepada mereka.

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahu a‘lam.

 

[1] Imam al-Nawawi menilai sanadnya sebagai sahih (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 9/54)

Bertarikh: 17 Mei 2023 bersamaan 28 Syawal 1444H

Sokong Kami

Anda Suka Artikel Ini Tekan untuk terus menyumbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *