#1585: Memanggil Dan Bercakap Dengan Roh

-25%
Percuma Al-Quran
Rated 0 out of 5
Original price was: RM440.00.Current price is: RM330.00.
-30%
Size Pocket
Rated 0 out of 5
Original price was: RM10.00.Current price is: RM7.00.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Dengan Nama Allah

Rated 0 out of 5
Original price was: RM15.00.Current price is: RM10.50.
-30%

Buku Fizikal

Imam Mahdi

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Yajuj dan Majuj

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%

Buku Fizikal

Hakikat Dajjal

Rated 0 out of 5
Original price was: RM13.00.Current price is: RM9.10.
-30%
Rated 0 out of 5
Original price was: RM70.00.Current price is: RM49.00.

Soalan :

Assalamualaikum Dato’ Seri. Apakah hukum memanggil roh dan bercakap dengan roh orang yang telah meninggal dunia? Adakah mungkin roh orang meninggal masuk ke badan manusia untuk bercakap dengan anaknya? Ataupun itu sebenarnya jin yang menyamar

 

Jawapan :

Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.

 

Makna Roh

Di dalam kitab Taj al-‘Urus disebutkan beberapa takrifan mengenai roh. Antaranya:

  • Al-Farra’ mengatakan roh itu sesuatu yang mana dengannya manusia akan hidup. Allah tidak mengkhabarkan mengenai perihal penciptaannya dan Allah juga tidak memberikan ilmu mengenainya.
  • Abu al-Haitham mengatakan roh itu adalah jiwa yang mana manusia bernafas dengannya. Ianya mengalir di keseluruhan jasad. Jika ia keluar, maka tidak akan bernafaslah manusia. (Lihat Taj al-‘Arus, 6/408 dan Lisan al-‘Arab, 2/462 )

 

Boleh kita simpulkan bahawa roh bermakna satu jisim yang halus terdapat pada manusia dan haiwan yang hidup.

Ruh ialah jisim nurani, sejenis cahaya yang hidup dan bergerak dari alam yang tinggi. Tetapi tabiatnya berbeza dengan tabiat jisim yang dapat dikesan oleh pancaindera kerana tabiat jisim biasanya dapat berjalan dalam jasad yang kasar sebagaimana air yang mengalir dalam bunga mawar, minyak dalam buah zaitun, dan api dalam bara.

Jisim yang biasa tidak dapat diganti, dipisah-pisah mahupun dipecah-pecahkan, bahkan memberi kehidupan kepada jasad dengan segala kaitannya selagi jasad kasar itu wajar menerima curahan cahaya daripadanya dan selagi tidak ada hal-hal yang menghalang alirannya. Jika tidak demikian, matilah jasad itu. Pendapat ini adalah yang dipilih oleh al-Razi dan Ibn al-Qayyyim dalam kitabnya yang masyhur, al-Ruh.

Terdapat pandangan yang berlainan yang menyatakan bahawa ruh juga bukanlah jisim dan bukan pula jenis jasmani. Ia berkaitan dengan tubuh sebagai pembimbing dan pengatur sahaja. Ini pendapat hujjatul Islam, Imam al-Ghazali dan juga Abu Qasim al-Raghib al-Asfahani. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/4020)

 Kami bawakan firman Allah SWT yang berkaitan dengan roh:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ ۖ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّنَ الْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya:Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”  

(Surah al-Isra’: 85)

Imam Al-Razi menafsirkan ayat tersebut dengan menyatakan Allah SWT ingin menjelaskan bahawa akal manusia terhad dan tidak mampu untuk mengetahui lebih dalam berkenaan dengan roh. (Lihat Mafatih Al-Ghaib , 21/31 )

Imam Jalaluddin Al-Mahalli dan Imam Al-Suyuti menyebut bahawa ayat ini jelas menyebut bahawa urusan roh adalah di bawah pengetahuan Allah. Adalah lebih baik untuk kita tidak pergi lebih dalam mengkaji berkenaan dengan roh. (Lihat Tafsir Jalalain, hlm 378)

Sayyid Qutb berkata: Apabila mereka bertanya Rasulullah SAW mengenai ruh, maka Allah memerintahnya supaya memberi jawapan kepada mereka bahawa ruh itu adalah urusan Allah. Hanya ilmu Allah sahaja yang mengetahuinya dan tiada sesiapa pun yang mengetahui selain Allah. (Lihat Fi Zilal al-Quran, 10/261 )

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di Rahimahullah di dalam tafsirnya, Taisir al-Karim al-Rahman mengatakan bahawa ayat di atas menunjukkan kepada kita akan kelemahan insan itu sendiri yang mana dalam sesetengah perkara, manusia tidak dapat untuk mencapai dan mengetahuinya. Disebabkan oleh itu, Allah SWT mengarahkan Nabi SAW agar menjawab persoalan mengenai roh ini dengan menyerahkan urusannya kepada Allah SWT.

Menjawab persoalan di atas maka, hukum memanggil roh dan bercakap dengan roh orang yang telah meninggal dunia adalah tidak boleh kerana ia merupakan urusan Allah SWT dan tidak mungkin sama sekali  roh orang yang telah meninggal masuk ke dalam badan. Syeikh Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti menerangkan bahawa berdasarkan nas, nikmat dan seksaan azab kubur itu adalah sabit (sesuatu yang pasti) berdasarkan panduan daripada al-Quran. Sekiranya azab kubur itu adalah pasti, maka bagaimana boleh berlakunya perpindahan roh kepada jasad yang lain, seolah-olah roh yang berpindah akan terlepas daripada azab. Beliau menyebutkan, roh itu disibukkan dengan tuan jasadnya dan ia terkurung bagi jasadnya atau atas jasadnya. Hal ini seperti yang difirmankan oleh Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Maksudnya:Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya.

(Surah al-Muddatthir: 38)

Sesungguhnya gambaran bagi perpindahan roh itu adalah sesuatu yang melibatkan perkara ghaib seperti yang kita maklum. Urusan perkara yang ghaib ini tidak berada di bawah penguasaan akal selagi mana terdapatnya hijab antara keduanya. (Lihat Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyah, hlm. 314-315).

Al-Dardir dalam kalangan ulama mazhab Maliki juga ada menyatakan bahawa seseorang itu dihukum sebagai kafir sekiranya dia berpendapat dengan Tanasukh al-Arwah iaitu seseorang yang berkata bahawasanya mereka yang mati itu rohnya akan berpindah kepada yang seumpamanya, atau kepada yang lebih tinggi daripadanya — dari segi darjat — jika dia seorang yang taat, atau kepada yang lebih rendah daripadanya atau seumpamanya jika dia seorang pelaku maksiat. Maka orang yang berpendapat sedemikian telah jatuh kafir kerana perkara itu menunjukkan kepada pengingkaran terhadap hari kebangkitan. (Lihat al-Syarh al-Saghir, 6/147-148; Hasyiah al-Dusuki ‘ala al-Syarh al-Kabir, 4/269).

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa roh ialah unsur yang akan kembali kepada Allah SWT tanpa diketahui oleh manusia kecuali apa yang dikhabarkan oleh nas-nas syarak. Iktikad Tanasukh al-Arwah adalah bercanggah dengan akidah Islam, bahkan ia menyerupai akidah batiniyah yang jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Justeru, akidah seperti ini amat bahaya dan wajib bagi pelakunya yang terlibat dengan kepercayaan ini untuk bertaubat dengan taubat nasuha.Oleh yang demikian, suka untuk kami nasihati supaya banyakkan bertanya para ulama tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu.  Semoga Allah SWT memelihara iman dan akidah kita daripada terpesong ke jalan yang batil. Kami akhiri dengan doa:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً  إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ

Maksudnya:Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”

Bertarikh: 23 Mei 2023 bersamaan 3 Zulkaedah 1444H

Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk penyelenggaraan operasi Maktabah Al-Bakri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *