Category Archives: Soal Jawab Agama

#17 Benang Hitam Untuk Kanak-Kanak

SOALAN Apakah hukum penggunaan benang hitam yang dipakaikan kepada bayi yang sering menangis ? JAWAPAN Hukum pemakaian benang atau tali di tangan atau kaki bayi dengan keyakinan bahawa ia dapat mendatangkan manfaat atau mengelakkan kemudaratan adalah haram. Menurut W.W. Skeat, pemakaian benang atau tali hitam yang dijadikan gelang adalah amalan tradisi orang Melayu dulukala untuk […]

#16 Beralih Tempat Solat Sunat Rawatib

SOALAN Adakah perlu beralih tempat daripada tempat solat fardu untuk melakukan solat sunat rawatib? JAWAPAN Sunat hukumnya mengubah tempat solat sunat rawatib agar berbeza dengan tempat solat fardhu. Hal ini berdasarkan pesanan Muawiyah R.A kepada al-Sa’ib Ibn Yazid: إِذَا صَلَّيْتَ الْجُمُعَةَ، فَلَا تَصِلْهَا بِصَلَاةٍ حَتَّى تَكَلَّمَ أَوْ تَخْرُجَ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ […]

#15 Solat dengan Memakai Singlet / Tidak Berbaju

SOALAN Bolehkah lelaki solat dengan memakai singlet? JAWAPAN Solat dengan memakai singlet, atau memakai baju yang mendedahkan kedua-dua bahu, atau tidak berbaju, hukumnya adalah makruh namun sah solatnya. Rasulullah SAW bersabda لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَىْءٌ Maksudnya: “Janganlah salah seorang dari kamu solat dengan pakaian yang satu, yang mana […]

#14 Mencabut dan Mewarnakan Uban

SOALAN Apakah hukum mencabut uban? JAWAPAN Menurut mazhab Syafi’i, makruh seseorang itu mencabut ubannya. Rasulullah SAW bersabda: لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ Maksudnya: “Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan […]

#13 Tanda 100 Hari Sebelum Mati

SOALAN Mengenai tanda-tanda kematian yang disebarkan melalui internet seperti tanda sebelum 100 hari dan lain-lain. Adakah ia boleh diguna pakai? JAWAPAN Kematian adalah termasuk dalam perkara ghaibiyyat / sam’iyyat. Allah menegaskan dalam al-Qur’an وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan […]

#12 Dakwat/Pasi Sotong

SOALAN Apakah hukum memakan dakwat sotong? JAWAPAN Para ulama’ berbeza pandangan tentang dakwat sotong. Para ulama’ Syafi’iyyah menghukumkan cairan hitam yang keluar daripada sebahagian haiwan laut adalah najis. Menurut Syeikh Abd al-Rahman bin Muhammad Ba’alawi: “Cairan hitam yang ditemui pada sebahagian haiwan laut dan bukan merupakan daging ataupun darah dihukumkan sebagai najis. Jelas dalam kitab […]

#11 Angin Daripada Faraj Wanita

Soalan:          Assalamualaikum w.b.t. Adakah batal wuduk jika ada angin yang keluar daripada faraj wanita? Bagaimanakah jika ia sangat kerap berlaku? Jawapan: Waalaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga […]

#10 Keadaan Kanak-Kanak Meninggal Dunia Semasa Kecil

SOALAN Bagaimanakah khabar bayi yang meninggal dunia? Benarkah dia mengingati ibu bapa dan saudaranya di dunia? Benarkah dia sedang menghuni syurga dan sedang diasuh oleh Nabi Ibrahim? Saya merindui arwah anak saya. JAWAPAN Imam al-Nawawi menyatakan, ijma’ ulama’ menyimpulkan bahawa kanak-kanak Muslim yang mati sebelum akil baligh akan berada di syurga. ‌أَجْمَعَ ‌مَنْ ‌يُعْتَدُّ ‌بِهِ […]

#9 Terlibat dalam Pembinaan Rumah Ibadat Agama Lain

SOALAN Bolehkah Muslim terlibat dalam projek pembinaan rumah ibadat agama lain? JAWAPAN Para ulama’ berbeza dengan dua pandangan dalam hal ini. Sebahagian ulama mazhab Hanafi mengharuskan umat Islam terlibat dalam membina dan bekerja di gereja. Antara yang mengutarakan pandangan ini adalah Ibn ‘Abidin dalam Hasyiyah Ibn ‘Abidin (6/391) dan Ibn Nujaim dalam al-Bahr al-Ra’iq Syarh […]

#8 Tangki Air Dipenuhi Tahi Cicak

SOALAN Bagaimana keadaan tangki yang dipenuhi tahi cicak disebabkn tangki yang tidak ditutupi. Adakah air tangki tadi kena dibuang dan tidak boleh digunakan untuk berwuduk dan mandi wajib? JAWAPAN Jika air dalam tangki tersebut sedikit atau kurang dari dua qullah[1], maka air tersebut dianggap sebagai najis walaupun najis tersebut tidak mengubah bau, warna atau rasanya. […]